mp3

Bersandar.

Bersandar pada apa yang ada dalam tangan ialah tanda kurangnya iman kepada apa yang ada pada Allah SWT.

Salam

Rabu, 25 November 2009

Masjidil Aqsa




Masjid kedua tertua dan ketiga tersuci di dunia adalah Masjidil Aqsa (Masjid Al-Aqsa). Masjid itu dibangunkan di atas lokasi Kenisah Sulaiman atau Haykal Sulaiman dan termasuk di antara tiga masjid yang perlu dikunjungi oleh kaum Muslim sesuai dengan anjuran Nabi Muhammad s.a.w. Keutamaan Masjidil Aqsa ini didasarkan daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Janganlah kamu merasa berat untuk mengadakan perjalanan ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidku ( Masjid Nabawi ) dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama dari 100,000 kali di tempat lain kecuali di Masjidil Aqsa.” ( Riwayat ad-Darimi, an- Nasa’i, dan Ahmad)

Masjidil Aqsa disebut di dalam al-Quran yang berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj (Q.17:1). Nabi s.a.w. melakukan Israk (perjalanan malam hari) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum bermikraj ke Sidratulmuntaha, sebagaimana dalam firman-Nya: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami…” (Q.17:1).

Kalangan ulama berbeza pendapat mengenai istilah “aqsa”. Sebahagian berpendapat bahawa masjid ini disebut Aqsa (Jauh) kerana memang jauh dari Masjidil Haram di Mekah. Menurut pendapat lain, masjid ini disebut Aqsa kerana ia merupakan tempat yang bebas daripada segala jenis kotoran, tempat turunnya malaikat serta wahyu, dan kiblat para nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Pendapat lain lagi mengatakan bahawa Masjidil Aqsa bukan di Baitulmaqdis tetapi di Sidratulmuntaha. Alasan ini didasarkan pada fakta bahawa Haykal Sulaiman sudah dihancurkan pada tahun 70 SM oleh Kaisar Titus dari Rom.

Masjidil Aqsa berada dalam sebuah kompleks di kota Baitulmaqdis (rumah, tempat suci atau yang disucikan). Baitulmaqdis adalah sebutan bagi Jerusalem yang juga disebut al-Quds. Masjidil Aqsa didirikan di atas tanah bekas Haykal Sulaiman. Di dalam kompleks itu, Masjidil Aqsa terletak di selatan Kubah as-Sakhrah yang juga dikenali dengan nama Masjid Umar atau The Dome of the Rock. Masjid itu didirikan seperti di atas sakhrah (batu hitam yang menjadi landasan mikraj Nabi s.a.w) oleh Abdul Malik bin Marwan pada tahun 72 H/691 M.

Nabi Sulaiman a.s membangun tempat ibadah Yahudi (kenisah) di Jerusalem yang disebut Haykal Sulaiman. Bangunan yang terletak di Haram asy-Syarif itu lalu dihancurkan oleh Kaisar Titus pada tahun 70 SM. Khalifah Umar membina sebuah masjid (Masjidil Aqsa) di bekas lokasi Haykal Sulaiman itu. Kubah masjid itu berwarna perak. Masjidil Aqsa telah diperbaiki beberapa kali, namun bentuknya tetap tidak berubah.

Ketika menerima penyerahan Jerusalem (dahulu bernama Aelia) daripada penguasa Nasrani, Umar al-Khattab mendapati tompokan sampah di atas sakhrah. Beliau dan kaum Muslim membersihkan tempat itu. Lalu beliau berkata kepada Ka’b bin Ahbar (seorang Yahudi yang memeluk Islam), ”Menurut pendapat kamumu, di mana saya dapat mendirikan sembahyang untuk kaum Muslim?” Dia (Ka’b) menjawab, ”Dirikanlah di belakang(sebelah utara) sakhrah.” Umar pun membalas, ”Hai kau anak perempuan Yahudi, kau masih terpengaruh dengan kefahaman Yahudi! Sebaliknya, saya akan mendirikan masjid tempat di pusat lokasi Haykal Sulaiman kerana kami menguasai seluruh pusat kenisah itu.” Lalu, sebuah Masjid dibina di sebelah selatan sakhrah seperti yang dapat disaksikan sekarang ini. Masjid itulah yang dinamakan Masjidil Aqsa.

Jumaat, 20 November 2009

Ibu Segala Peperangan.

Cara Presiden Bush menangani masalah yang meledak di Pentagon dan Pusat Dagangan Dunia New York (NYWTC) adalah persis cara yang tangani Presiden Saddam Hussein ketika bapa Bush, Presiden George Bush Sr. menyerang Iraq sepuluh tahun yang lalu. Ketika itu Amerika bersorak dengan bangga sedangkan dunia Arab bermandikan airmata. Ini sudah menjadi berbalasan dendam di mana keadaan bertukar cerita. Kumpulan yang termangsa dalam setiap konflik itu ialah orang awam. Inilah yang dikatakan ‘collateral damage’ (mangsa yang tergadai) dalam istilah Pentagon. Semua itu tidak diambil kira dalam perhitungan ketika Baghdad dan beberapa kota Arab dihujani bom yang bertubi-tubi. Kenapakah mereka mesti diambil-kira ketika Washington dan New York menjadi sasarannya?

Kita tidak mahu peduli apakah masyarakat Palestine naik megah dengan peristiwa berdarah orang Amerika, walaupun Amerika riang ria ketika Iraq diserang dalam Peperangan Teluk yang menggila. Mereka yang menonton liputan CNN ketika itu tentu masih dapat mengingatkan peristiwa itu. Jadi, apa salahnya kalau peristiwa itu bertukar halaman? Presiden Saddam telah menjanjikan ‘Ibu Kepada Segala Peperangan’, dan satu dekad kemudian Amerika Syarikat merasakan bisanya.

Tetapi, ini bukannya cara untuk mengamati kegilaan yang terbaru itu. Ini adalah satu keruntuhan moral yang menjurus sikap orang pengecut. Itulah yang disebut oleh Presiden Bush. Tetapi, sejak bilakah Amerika Syarikat memberi kepentingan kepada moraliti dalam dasar negaranya. Malapetaka yang menghantui New York dan Washington DC sepatutnya tidak menjadi satu ruangan yang istimewa apabila Amerika bersorak riang ketika manusia yang tertekan di negara orang merempat tidak ketentuan mencari perlindungan daripada serangan senjata pemusnahan yang ditaburkan oleh Amerika Syarikat.

Kejutan yang ditimpakan oleh para pengganas, yang tidak dikenali lagi, adalah sama dahsyatnya dengan bencana yang dicetuskan oleh Jepun ketika menjahanamkan Pearl Harbour. Jumlah mangsa yang kehilangan nyawa akan mencapai ribuan angkanya dan melepasi 2,400 yang terkorban di Pearl Harbour. Kali ini, kemungkinan besar angka itu akan melepasi catatan korban dalam sehari ketika Perang Saudara Amerika: 23,000 kematian.

Hari Kekejian

Kematian memang amat dirasakan apabila ia melibatkan orang sendiri. Kerana itu, segala reaksi Amerika Syarikat itu memang mesti difahami. Namun, segala retorik dan ulasan ulang tayang, tidak sanggup membincangkan kebijaksanaan yang terancang untuk melumpuhkan kerajaan Amerika, yang sekaligus mengaibkan segala lambang keangkuhan dan kekuasaan tentera dan perdagangan Amerika. Tidak kisahlah siapa yang mencetuskan kemusnahan itu, kalau mereka belum mati lagi mereka pasti akan dihambat, dan berkemungkinan besar menghadapi hukuman mati juga, akhirnya. Tetapi, itulah risiko yang mereka telah pertaruhkan ketika melakar balas dendam yang lama berakar.

New York Stock Exchange (Bursa Saham New York) lambang perdagangan Amerika, kini pupus dalam timbunan keruntuhan bangunan WTC. Kita telah lama melihat kemunculan patriotisme dan nasionalisme Amerika di banyak negara, termasuk Iraq, selepas mereka melancarkan pengeboman 1991 bersama negara Barat, sekutu mereka. Ketika itu, Presiden Bush Sr. memegang kuasa di Rumah Putih. Tetapi bagaimanakah mereka akan membuat penilaian terhadap kesan keganasan yang baru menimpa mereka, yang lebih dahsyat daripada serangan terhadap Pearl Harbour ketika mereka berperang dulu?

Ini bukan lagi mengenai dendam terhadap pihak yang mencetuskan huru-hara. Kerajaan AS mahu bertindak membalas dendam itu, seperti hasrat Saddam Hussin pada 1991 dulu, namun keaiban yang sudah menconteng dua muka kedua negara adalah serupa. Yang pentingnya, kenyataan betapa serangan ganas telah dihidangkan ke ruang rehat setiap rumah kediaman Amerika sudah menjadi kenyataan juga. Begitu juga kepada negara yang menyediakan ruang rehat kepada kuasa tentera Amerika di seluruh dunia.

Sepanjang abad kedua-puluh, Amerika Syarikat telah memperlekehkan dunia sejagat dengan segala keangkuhannya dengan anggapan tidak ada sesiapa yang mampu menjentik tanah besar Amerika Syarikat itu. Keangkuhan itu adalah hasil kemunculan AS pada waktu dan ketika yang tepat sepanjang Perang Dunia Pertama dan Kedua itu untuk membolehkannya meraih kejayaan. Tetapi, setiap kali mereka bertindak sendirian, bahananya memang mengaibkan. Perang Vietnam dan Korea, dan sokongan mutlaknya terhadap Israel adalah testimoni kepada banyak lagi keaiban ini.

Seorang ketua perisik Peranchis yang sudah bersara pernah menulis dalam memoirnya pada 1992 dulu; dunia harus memikirkan bahana ancaman pengganas yang bertindak di luar sempadan negara mereka. Amerika Syarikat sudah sekian lama memperlekehkan kemungkinan munculnya tindak balas terhadap dasarnya menjadi polis Timur Tengah dan juga dunia sejagat. Kini, ia menanggung bahana keangkuhan itu.

Momok Utama

Momok terbesar yang menghantui suasana politik Amerika kini ialah Osama bin Ladin, seorang warga Arab Saudi yang kaya raya dengan dunia niaganya, dan kini ditarik kerakyatan oleh Arab Saudi. Kini dia terpaksa hidup di Afghanistan dan dituduh terbabit menyerang tapak ketenteraan Amerika di serata pelusok dunia. Ketokohannya meninggi setiap kali ada serangan dahsyat yang mengenai Amerika Syarikat. Serangan terbaru di AS itu telah membabitkan nama Osama sebagai insan yang mempunyai kebijaksanaan dan kuasa yang menaikkan tarafnya sehebat Saladin.

Akan tetapi, apakah Osama merupakan punca segala musibah itu? Boleh jadi, dan serba mungkin. Namun, terlalu banyak ulang tahun keperitan dan keseksaan yang menghantui kehidupan bangsa Arab yang berkemungkinan besar menyatupadukan beberapa kumpulan Arab dalam perhitungan itu. Tiga puluh tahun yang lalu dan bertepatan dengan ulang tahunnya sejak 1971 dulu, beberapa orang Palestine telah merampas pesawat penumpang Amerika dan meletupkannya di padang pasir Jordan.

Satu dekad dulu, Perang Teluk bermula dengan kehancuran Iraq, dan berkesudahan dengan satu sekatan ekonomi yang masih lagi berkesinambungan hingga hari ini. Dan banyak ceritanya lagi. Sudah tentu semua itu melahirkan ramai orang Arab secara persendirian mempunyai dendam kesumat dan kebencian terhadap Amerika Syarikat sehinggakan lahir satu semangat menegakkan martabat keluarga dan maruah bangsa untuk berkorban diri menebus dendam yang tidak terbela.

Apapun, tindak balas yang mengikut istilah Amerika Syarikat adalah peri laku yang mesti ditunaikan. Apakah itu jalan yang terbaik? Tidak ada sesiapa yang akan menganalisisnya. Namun, kerunsingan di Amerika Syarikat adalah sama getarannya di Timur Tengah, walaupun CNN tidak mahu merakamkannya. Lagipun takkan masuk akal, untuk mengandaikan pejuang berani mati menjadi juru terbang pesawat komersial dan melancarkan serangan ganas hanya selepas membaca buku panduan asas pernerbangan.

Ketinggalan masa

Ada satu perkara yang pasti: serangan itu telah mengaibkan martabat Amerika dan keangkuhan kuasanya. Inilah yang lebih menghenyak Washington berbanding kerisauan terhadap kemalangan yang ditanggungnya. Yang menjadikan ia tidak dapat diterima, adalah keengganan Washington untuk menerima kenyataan malapetaka itu. Inilah yang difahami oleh dunia yang membuatkannya terkedu setelah memikirkan malapetaka itu.

Amerika memang tidak senang menerima malapetaka yang menghenyaknya. Itulah sebab ia menarik bala tenteranya di Timur Tengah setelah menghadapi serangan yang mengorbankan banyak nyawa di luar jangkaan. Tetapi, seperti yang disebut oleh CNN pada pagi tadi;

“Kalau anda mahu membunuh tikus, anda mesti bersedia mengharung longkang-longkang.” Jika tidak, ramai musuh Amerika yang terus menguji di buminya sendiri, walaupun tidak dengan kerakusan yang sama.

Mungkin yang lebih penting, Amerika Syarikat sudah ketinggalan zaman dengan apa yang bergetar dalam dunia Arab. Jika tidak, masakan Amerika tidak bertindak untuk memintasnya. Ini bukannya lambang kegagalan dasar negaranya ataupun kebijaksanaannya. Tetapi inilah satu anggapan rasmi yang perlu ditangani. Tetapi, bencana sudahpun melanda dan Amerika tidak akan menjadi seperti dahulu kala, lagi.

Rabu, 18 November 2009

MENUJU KE NERAKA.

Diterbitkan pada 03-25-2009 (Versi Alihbahasa Melayu) BRUSSELS — Ketegangan Trans-Atlantik sehubungan cara krisis ekonomi global ditangani oleh Yakjuj Makjuj Amerika semakin memuncak apabila Perdana Menteri Republik Czech, yang memegang jawatan Presiden Kesatuan Yakjuj Makjuj Eropah, meyatakan pendirian bahawa stimulus ekonomi versi Presiden Murtad Hussein Obama merupakan langkah-langkah menuju ke neraka.



Ketika berucap di Parlimen Yakjuj Makjuj Eropah di Strasbourg, Perdana Menteri Mirek Topolanek menegaskan bahawa pakej penyelamat ‘bailout’ fiskal dan kewangan Pentadbiran Murtad Obama berjumlah USD2 trilion “akan menjejaskan kestabilan pasaran kewangan global dengan teruknya.”





Komen Topolanek dibuat hanya sehari selepas beliau menawarkan perletakan jawatan Kerajaannya lantaran undi tidak percaya, telah mengejutkan sebahagian pegawai-pegawai Yakjuj Makjuj Eropah yang bersekutu rapat dengan Yakjuj Makjuj Amerika. Mereka berpendapat bahawa pimpinan Kesatuan Yakjuj Makjuj Eropah yang digilirkan bagi setiap tempoh 6 bulan itu sepatutnya bersuara bagi pihak keseluruhan 27-Negara Yakjuj Makjuj yang berada di dalam Kesatuan Yakjuj Makjuj berkenaan.

Kenyataan tersebut keluar hanya seminggu sebelum mesyuarat Kumpulan Yakjuj Makjuj 20 di London yang akan menemukan kesemua pemimpin-pemimpin Negara-Negara terbesar industri dan termaju di dalam Kesatuan Yakjuj Makjuj Eropah bagi mengeluarkan kata sepakat sehubungan krisis ekonomi yang sedang melanda Dunia. Komen Topolanek itu juga menyerlahkan lagi kemungkinan wujudnya ketegangan di antara Yakjuj Makjuj Amerika dan Yakjuj Makjuj Eropah ketika Murtad Hussien Obama sedang bersiap-siap untuk terbang ke Prague dalam kurang dari dua minggu bagi menghadiri mesyuarat kemuncak yang bertujuan untuk memperkuatkan lagi hubungan Trans-Atlantik antara kedua-dua Yakjuj Makjuj. Antara lainnya, Mesyuarat Kemuncak Yakjuj Makjuj itu ingin mempamerkan kepada Dunia kata-sepakat dan hubungan intim yang sentiasa terjalin di antara kedua-dua jenis Yakjuj Makjuj itu.




Hanya lima hari yang lalu, pemimpin Kesatuan Yakjuj Makjuj Eropah mencapai perjanjian politik yang dibina dengan teliti untuk menghentikan pertikaian mereka dan bersetuju dengan satu polisi bersama yang akan dibincang dalam mesyuarat di London. 75 billion Euro telah diluluskan bagi membiaya pinjaman-pinjaman oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan penggandaan saluran kredit untuk ekonomi-ekonomi Negara Yakjuj Makjuj Eropah Timur yang sedang menderita. Negara-Negara Yakjuj Makjuj Eropah termasuk Jerman sebelum ini tidak bersetuju dengan penambahan sekala stimulus fiskal dan berhujjah bahawa G-20 sepatutnya menumpukan usaha-usaha mereka kepada mengetatkan lagi peraturan-peraturan kewangan yang sedia wujud.

Firman Allah subhanhu wata'ala, maksudnya;
"Shaad, demi Al Qur’an yang mempunyai keagungan. (1) Sebenarnya orang-orang kafir itu [Al-Masih Ad-Dajjal Zionis Yahudi dan Yakjuj Makjuj Imperialis Barat, berada] dalam kesombongan dan permusuhan yang sengit. (2) Betapa banyaknya umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan, lalu mereka meminta tolong padahal [waktu itu] bukanlah saat untuk lari melepaskan diri. (3) Dan mereka heran karena mereka kedatangan seorang pemberi peringatan [rasul] dari kalangan mereka; dan orang-orang kafir berkata: "Ini adalah seorang ahli sihir yang banyak berdusta". (4) Mengapa ia menjadikan tuhan-tuhan itu Tuhan Yang satu saja? Sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang sangat mengherankan. (5) Dan pergilah pemimpin-pemimpin mereka [seraya berkata]: "Pergilah kamu dan tetaplah [menyembah] tuhan-tuhanmu [dengan mengikuti sembahan, sistem dan jalan kufur mereka], sesungguhnya ini benar-benar suatu hal yang dikehendaki. (6) Kami tidak pernah mendengar hal ini dalam agama yang terakhir; ini [mengesakan Allah] tidak lain hanyalah [dusta] yang diada-adakan, (7) mengapa Al Qur’an itu diturunkan kepadanya di antara kita?" Sebenarnya mereka ragu-ragu terhadap Al Qur’an-Ku, dan sebenarnya mereka belum merasakan azab-Ku [sebagaimana Ahzab yang lalu diazab]. (8) Atau apakah mereka itu mempunyai perbendaharaan rahmat Tuhanmu Yang Maha Perkasa lagi Maha Pemberi? (9) Atau apakah bagi mereka kerajaan langit dan bumi dan yang ada di antara keduanya? [Jika ada], maka hendaklah mereka menaiki tangga-tangga [ke langit]. (10) Suatu tentara yang besar yang berada di sana dari golongan-golongan Ahzab yang berserikat [Al-Masih Ad-Dajjal dan Yakjuj Makjuj Imperialis Barat dan sekutunya], pasti akan dikalahkan. (11) Telah mendustakan [rasul-rasul pula] sebelum mereka itu kaum Nuh, ’Aad, Fir’aun yang mempunyai tentara yang banyak, (12) dan Tsamud, kaum Luth dan penduduk Aikah. Mereka itulah golongan-golongan Ahzab yang bersekutu [yang menentang rasul-rasul]. (13) Semua mereka itu tidak lain hanyalah mendustakan rasul-rasul, maka pastilah [bagi mereka] azab-Ku. (14) Tidaklah yang mereka tunggu melainkan hanya satu teriakan saja yang tidak ada baginya saat berselang. (15)"
(Surah Saad)
"Dan sekiranya bukan karena hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu [dalam kekafiran], tentulah Kami buatkan bagi orang-orang yang kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah loteng-loteng perak bagi rumah mereka dan [juga] tangga-tangga [perak] yang mereka menaikinya. (33) Dan [Kami buatkan pula] pintu-pintu [perak] bagi rumah-rumah mereka dan [begitu pula] dipan-dipan yang mereka bertelekan atasnya. (34) Dan [Kami buatkan pula] perhiasan-perhiasan [dari emas untuk mereka]. Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Tuhanmu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (35) Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah [Al Qur’an], Kami adakan baginya syaitan [yang menyesatkan] maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. (36) Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk. (37) Sehingga apabila orang-orang yang berpaling itu datang kepada Kami [di hari kiamat] dia berkata: "Aduhai, semoga [jarak] antaraku dan kamu seperti jarak antara masyrik dan maghrib, maka syaitan itu adalah sejahat-jahat teman [yang menyertai manusia]". (38)"
(Surah Az-Zukhruf)
'
SADAQALLAHUL MAULAN AL-ADZIIIM !!!

Wahai Wanita.

Wanita adalah ciptaan Allah swt sama seperti lelaki. Kedatangan Islam telah meletakkan darjat wanita di tempat yang mulia. Tidak ada peradaban lain di dunia ini yang memperlihatkan kemuliaan wanita melainkan Islam.

Penciptaan wanita bermula dari Hawa a.s. Beliau dicipta dari tulang selangka kiri Nabi Adam a.s. Kenapa diciptakan makhluk bernama wanita? Kerana lelaki akan kesunyian tanpa wanita seperti mana yang Nabi Adam alami ketika berseorangan di syurga dahulu.

Dan di antara ayat-ayatNya (keterangan tentang kekuasaan dan rahmat Allah), bahawa Dia (Allah) menciptakan isteri-isteri kamu daripada diri kamu, untuk kamu, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan (Ar-Rum:21)

Wanita mempunyai peranan yang sama penting di dalam kehidupan di muka bumi ini. Di dalam al-Quran sendiri telah diturunkan surah yang khusus mengenai wanita iaitu surah An-Nisaa'.

Malah ada kata-kata bijak pandai mengatakan, "seorang lelaki yang hebat itu pasti ada wanita di belakangnya." Wanita itulah ibunya ataupun isteri kepada lelaki tersebut.

Nabi saw juga ketika menyampaikan risalah Islam kepada manusia, kesemua isteri-isteri baginda serta anak-anaknya khususnya Sayyidatina Fatimah menjadi watak-watak yang penting dalam penyebaran dakwah khususnya di kalangan wanita.

Orang yang mententeramkan Nabi saw ketika turunnya wahyu pertama, yang mula-mula beriman ketika manusia dalam keadaan kafir, yang membenarkan baginda ketika difitnah, yang banyak membantu dengan harta ketika tiada manusia lain yang membantu itulah dia seorang wanita yang dinamakan Sayyidatina Khadijah r.a.

Dari wanita, lahirlah seorang pemimpin agung. Dari susuan seorang wanita juga lahirlah manusia yang intelek. Dari asuhan dan tarbiyyah seorang wanita juga lahirlah manusia yang bertaqwa.

Tangan yang menghayun buaian juga boleh menggegarkan dunia. Tetapi adakah semua wanita itu boleh menggegarkan dunia seperti mana Masyitah mampu menggegarkan singgahsana Firaun laknatullah itu?

Sesungguhnya dengan agama sahaja wanita itu boleh menggegarkan dunia. Seorang lelaki yang hebat itu dilahirkan oleh wanita yang hebat juga. Mereka itu adalah wanita yang menundukkan pandangan mereka, menjaga aurat mereka, memelihara malu mereka, yang memelihara perilaku mereka serta patuh dan tunduk kepada semua tuntutan yang telah disyariatkan.

Aurat merupakan antara perkara utama yang perlu dijaga oleh seorang wanita Islam. Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: "Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." (Hadis riwayat Baihaqi)

Hadis ini menunjukkan betapa besarnya tarikan wanita terhadap seorang lelaki.

Sesungguhnya makanan yang sentiasa tertutup itulah yang akan menjadi rebutan berbanding dengan makanan yang terdedah dan tidak tertutup. Makanan yang terhindar dari pencemaran jugalah yang akan memberikan kekuatan pada tubuh manusia.

Ingatlah wahai wanita, lelaki yang jahat itu sentiasa melirikkan matanya di setiap inci bahagian tubuhmu yang terdedah. Nafsunya sentiasa mencari jalan untuk melihat wajah, serta lenggok dan bentuk tubuhmu yang menawan. Sesungguhnya tubuhmu itu adalah hak bagi suami mu sahaja.

Ingatlah wahai wanita, sesungguhnya kejahatan yang engkau lakukan pasti akan menarik 4 golongan lelaki yang lain bersama ke dalam neraka. Iaitu ayahmu,suamimu,anak lelakimu serta adik-beradik lelakimu. Sedangkan kejahatan lelaki itu tidak akan menarik seorang wanita pun bersama mereka ke neraka.

Ingatlah wahai wanita, kepanasanmu bertudung, longgarnya pakainmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu, sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu ganjarannya syurga di akhirat kelak.

Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya (Riwayat Muslim)

Ibn Umar ada berkata, "Kebaikan itu mudah, muka yang berseri-seri dan perkataan yang lemah lembut."

Abu Darda' pernah menyebut, "Kebaikan itu dalam ketenteraman, dan kejahatan itu dalam keraguan"

Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Adakah seorang wanita itu menjadi harapan kepada bangsa sekiranya auratnya tidak dijaga dengan sempurna, peri laku akhlaqnya memualkan sesiapa yang melihatnya? Wanita yang tidak memelihara agama itukah yang bakal melahirkan generasi-generasi akan datang yang akan menyambung mata rantai perjuangan Rasulullah saw?

Sesungguhnya al-Quran dan Sunah Rasul telah menunjukkan jalan untukmu wahai wanita. Segalanya terpulang kepadamu untuk memilih jalan Maryam, ibu kepada Nabi Isa as, ataupun jalan Ummu Jamil, isteri kepada Abu Lahab.

Namun sekiranya syurga itu impianmu, maka ketahuilah jalan ke syurga itu penuh dengan pelbagai kesusahan yakni engkau perlu mengawal kehendak nafsumu yang menggoda. Sekiranya, neraka itu cita-cita mu, maka ketahuilah sesungguhnya jalan ke neraka itu dihiasi dengan keseronokan-keseronokan yang bersifat sementara dan tidak kekal abadi.

Wallahua'lam.



P/s: Entah Kenapa Tiap Kali Saya Membaca Isi Kandungan Ini Berdiri Bulu Roma Dan Bersemangat Untuk Saya Terus Mengirimkan Berita Ini Pada Anda. Walaupun Saya Bergelar LELAKI, Ingatlah Wahai Wanita ... Di Zaman Rasullulah Dahulu Mereka Berjuang Dengan Menggunakan Pedang, Zaman Semakin Maju, Peperangan Pun Mengikut Peredaran Zaman Dengan Menggunakan Sentaja Api, Tetapi Kita Jangan Lupa SATU Lagi Peperangan Yang Tidak Melibatkan Senjata Api Iaitu POLITIK. Semoga Kaum Hawa Terus Menerus Memberi Kami Semangat Tanpa Mengenal Erti Putus Asa Agar Dapat Kami (Kaum Adam) Meneruskan Perjalanan Ini Dan Berjuang Untuk Menegakkan Islam Yang Kami Cintai.


Wahai Kaum Wanita
Hayatilah Ia Kerana
Cinta Bisa Merubah
Kaum Lelaki

Isnin, 16 November 2009

PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN

Orang Melayu zaman dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Tapi kekadang kita suke buat2 lupe dan anggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak2 mase kecik2... yelah, kalau cakap benda yg betul pun manelah budak2 kecik nak paham kan? Mungkin orang-orang tua dulu ada buat research berdasarkan pengalaman mereka. Adakah pantang larang ini masih sesuai pada masa sekarang? Inilah serba-sedikit pantang-larang orang tua-tua psl makan...

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.

Ahad, 15 November 2009

Personaliti melalui Tulisan

Tulisan berubah-ubah
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

Condong tulisan Tegak
Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

Condong ke kanan
Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri
Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

Saiz tulisan Besar
Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Saiz tulisan Kecil
Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar
Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.

Semakin kecil
Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

Bentuk tulisan Lebar
Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus
Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat
Otak matematik rupanya dia ni.

Beristiazah betul-betul dulu,baru baca AlQuran..

Dimanakah hati kita tatkala kita membaca AlQuran?Pernahkah kita merasa keliru dan tidak dapat menghayati makna dalam AlQuran? Atau pernahkah kita terasa seolah-olah lidah sukar untuk menyebut bacaan AlQuran dengan tajwid dan makhraj yang betul walhal kebiasaanya kita dapat membacanya dengan lancar.Pernahkah kita terasa seolah amaran-amaran Allah dari kalamullah AlQuran tidak melahirkan rasa gentar dalam hati?Dimanakah ketenangan yang dicari?Apakah silapnya?

Sedikit perkongsian ilmu buat para pembaca yang mencintai ayat ALQuran,petikan diambil dari buku Penawar Hati Penenang Jiwa tulisan Abu Mazaaya Al-Hafiiz.Menekankan betapa pentingnya Istiazah iaitu berlindung dengan Allah dari syaitan laknatullah..agar keihkhlasan terbit,gentar hadir,Ketenangan lahir..dan rindulah pada ayat-ayat Allah..Betapa keindahan AlQuran seharusnya dihayati dan meresap dalam diri..InsyaAllah..


Mengenai fasal ini,Allah berfirman :

“apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhan mereka.Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.”
(Surah Al-Nahl:98-1oo)

Lapan pengajaran yang kita dapat hayati dari perintah Allah tersebut iaitu;

1) Alquran adalah penyembuh dari berbagai penyakit hati.Ia juga boleh menghilangkan sikap was-was,segala jenis syahwat dan berbagai keinginan atau kehendak yang merosakkan yang semua itu disebabkan oleh tipu daya syaitan.AlQuran boleh menawarkan apa-apa penyakit akibat keracunan yang dibuat oleh syaitan didalam hati seseorang.Kerana itulah diperintahkan agar menjauhi racun yang menyakitkan itu dan membersihkan hati daripadanya dengan penawar saki-baki penyakit yang ada di dalamnya,ianya boleh diusahakan dengan membaca istiazah dengan penuh khusyu’ dan Tadabbur (menghayati isi kandungannya).

2) AlQuran adalah petunjuk hidayah,faktor yang menunjukkkan segala kebaikan di dalam hati.Hal ini boleh diumpamakan sebagai fungsi air bagi sesuatu tumbuhan.Syaitan pula disifatkan sebagai panas atau api yang mengeringkan tumbuhan tersebut dari masa ke semasa.Syaitan selalu berusaha untuk membunuh benih-benih kebaikan yang ada di dalam hati sehinggalah ia tidak terdaya untuk tumbuh dengan subur.Kalaupun boleh menjadi tumbuhan tetapi ia menjadi tumbuhan beracun atau berpenyakit.Oleh yang demikian,diperintahkan agar beristiazah kepada Allah dari syaitan agar apa-apa kebaikan yang dihasilkan oleh AlQuran tersebut tidak rosak akibat racun atau penyakit yang ditaburkan oleh syaitan.

3) Seseungguhnya para malaikat akan berdatangan dan mendekati orang yang membaca dan mendengarkannya dengan penuh khusyuk.Hal ini seperti mana diterangkan dalam hadith “Ketika Usaid bin Hudlair membaca AlQuran ia ternampak lembaga seperti khemah yang didalamnya terdapat lampu-lampu.Kemudian baginda Nabi SAW bersabda “Itulah Para malaikat.” (Maksud Hadith riwayat Bukhari dan muslim dari Abu Said Al-Hudri ra.)

4) Sesungguhnya syaitan berupaya sekuat tenaga dengan melalui pelbagai cara untuk melalaikan dan mengalpakan hati manusia.Sehingga diharapkan hatinya boleh kosong dari memahami maksud Al-Quran,iaitu bertadabbur (menghayati) apa-apa bacaan ketika membaca Al-Quran.Seterusnya syaitan mengharapkan agar boleh mengalihkan hati manusia dari menumpukan makna-makna ALQuran.Sebagai akibatnya seseorang membaca Alquran tersebut tidak sempurna di dalam mengambil manfaat dari ALquran.Kerana itulah disuruh agar beristiazah ketika hendak membaca AlQuran.

5) Seseorang yang membaca AlQuran bererti juga sedang bermanfaat,iaitu memanjatkan doa dengan menyebut kalam Allah.Allah Azza Wa Jalla mendengar dan sungguh memperhatikan bacaan-bacaan AlQuran,apalgi jika ia dibacakan dengan secara yang merdu dan Nagham (lagu dalam membaca AlQuran) yang sangat indah.Syaitan pula sangat gemar menyanyikan dan mendengarkan nyanyian-nyanyian yang penuh kelucahan dan mendatangkan syahwat (berahi).Dengan demikian seorang yang akan membaca AlQuran disyariatkan agar berisitiazah bagi menjauhkan syaitan dari dirinya,seterusnya mempersembahkan bacaanya (ALQuran) ke hadapan Tuhannya.

6) Sesungguhnya ALLAH telah menceritakan bahawa Allah SWT tiada mengutus seorang Rasul atau Nabi melainkan syaitan akan bertindak menghalangi apa yang ada pada hati mereka (iaitu untuk berdakwah mentauhidkan Allah). Para ahli salaf berpendapat juga bahawa para Rasul dan Nabi ,jika mereka hendak membaca Kalamullah, maka syaitan mesti akan menyibuk dan menghalang-halangi mereka. Jika terhadap Nabi dan Rasul pun,syaitan bersikap demikian,apatah lagi sikapnya terhadap manusia biasa.Tentunya lebih dasyat lagi.Ia sentiasa berusaha untuk mengelirukan pembaca AlQuran dari bacaannya,mengelirukan dan memilatkan lidahnya,menyekat pergerakan lisannya dan menggoda hatinya agar lalai dari kandungan makna bacaannya.Dengan demikian beristiazah kepada Allah dari kejahatannya adalah suatu hal yang penting,agar seorang pembaca AlQuran tersebut berjaya mencapai matlamat dari bacaannya dengan baik.

7) Syaitan sangat susah hati jika seseorang manusia mempunyai azam atau keinginan baik di hatinya.Pada saat itu,ia berusaha agar dapat membuang azam baik tersebut dan menghalangnya dari terus meresap ke dalam hati manusia tersebut.Dalam satu hadith sahih disebutkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: “sesungguhnya kelmarin syaitan meloncat dihadapanku dan hendak berusaha agar solatku terputus (terbatal).”Adalah menjadi kenyataan bahawa apapun perbuatan yang paling banyak menghasilkan manfaat bagi seorang hamba dan lebih mendekatkan kecintaan kepada Allah,maka sudah mesti syaitan menghalangnya dengan lebih dasyat.

8) Sesungguhnya membaca istiazah sebelum berlangsungnnya bacaan AlQuran adalah satu tanda atau pemberitahuan bahawa apa yang akan datang sesudahnya (iaitu apa yang diperdengarkannya) adalah kalamullah AlQuran.Bahkan istiazah lebih merupakan satu mukaddimah dan peringatan kepada para pendengar bahawa apa yang akan disampaikan kepadanya adalah AlQuran.Dengan demikian,jika seseorang itu mendengar bacaan istiazah,hendaklah ia segera membuat persediaan diri bagi mendengar dan memperhatikan kalamullah AlQuran.

Beristizahlah dengan bersungguh-sungguh,semoga kita sentiasa mendapat perlindungan dari Syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan kita dengan pandangan-pandangan yang melalaikan. Barulah Ayat suci AlQuran dapat meresap dalam diri..Tanyakan diri sejenak..berapa banyak surah ALQuran yang dihafal berbanding lirik-lirik lagu yang lagha diluar sana?Tepuk dada..tanya lah Iman..bicara lah pada fikiran..dan tegurlah hati..
Wassalam..

Sabtu, 14 November 2009

Kata² Hikmah.

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang- kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yangbersinar- bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik : Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

63) “Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu mcm kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu sejuta macam pengorbanan dan kepahitan..manis tidak akan dtg sendiri”

64) Sehalus-halusnya musibah adalah ketika kedekatan kita dengan Allah perlahan-lahan tercabut. Dan itu biasanya ditandai dengan menurunnya kualiti ibadah.

65) kehebatan orang yang bertawakal itu adalah kerana mereka berserah seluruh jiwa raga kepada ALLAH. Mereka terlalu yakin sehingga percaya pada sandaran Maha Suci ALLAH.

66) Jika kita memelihara kebencian dan dendam, maka seluruh waktu dan pikiran yang kita miliki akan habis dan kita tidak akan pernah menjadi orang yang produktif.

67) Kekurangan orang lain adalah ladang pahala bagi kita untuk memaafkannya, mendoakannya, memperbaikinya, dan menjaga aibnya.

68) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.

69) Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia ,
lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

70) Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.

71) Akan datang kepada manusia suatu zaman tidak akan reda mata orang yang bijaksana.

72) Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah.

73) Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.

74) Tidak ada sesuatu yang lebih meletihkan badan daripada permainan.

75) Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.

76) Janganlah kamu duduk lama di dalam tandas kerana ia akan mewarisi penyakit buasir.

77) Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.

78) Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikir dan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.

79) Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah lebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya.

80) Kata-kata nasihat amat menyukarkan bagi orang bodoh, sebagaimana sukarnya berjalan di atas jalan yang tidak rata bagi seorang tua.

81) Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.

82) Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.

83) Ingatlah dua perkara iaitu Allah dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.

84) Bukanlah harta itu seperti kesihatan dan bukanlah nikmat itu seperti jiwa yang baik.

85) Sesiapa yang melihat-lihat keaiban diri, dia tidak akan peduli keaiban orang lain.

86) Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi dengan suatu apa pun.

87) Sesiapa yang reda rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang ada di tangan orang lain.

88) Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.

89) Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia akan terjatuh ke dalamnya.

90) Sesiapa yang mencabut hijab (penghadang) orang lain, akan terbukalah auratnya (keaibannya).

91) Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.

92) Sesiapa yang membahayakan dirinya, dia akan binasa.

93) Sesiapa yang tidak menggunakan akalnya, dia akan dihina.

94) Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.

95) Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan (perkara), dia akan berasa jemu.

96) Sesiapa yang tidak berpengalaman dalam setiap urusan, dia akan dikhianati.

97) Sesiapa yang mengetahui ajal mautnya, akan pendeklah impiannya.

98) Sesiapa yang bersahabat dengan orang rendah akhlak, dia dipandang hina.

99) Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).

100) Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ).

101) Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia. ( Hamka ).

102) Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia. ( Hamka ).

103) Bahagia sekali orang-orang yang menahan lidahnya daripada berkata-kata secara berlebih-lebihan dan mendermakan hartanya yang lebih. ( maksud hadis).

104) Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).

105) Perluaskanlah bidang dan minat dan kegemaran anda supaya masa anda tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghanyutkan anda dalam kegiatan atau arus fantasi yang menjahanamkan diri anda.

105) Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk meneroka dan mempelajarinya.

106) Anda perlu sentiasa bersedia untuk memberi pertolongan, bantuan dan khidmat kepada orang lain.

107) Bersyukur dan bergembiralah terhadap kejayaan dan kemajuan yang dicapai oleh orang lain dan jangan sekali-kali anda merasa cemburu atau iri hati terhadap mereka.

108) Anda hendaklah lebih banyak berfikir dan bercakap tentang pengalaman-pengalaman yang menggembirakan daripada pengalaman-pengalaman yang membawa duka nestapa.

109) Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda akan bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang.

110) “Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.”

111)“Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.”

112) “Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.”

113) “Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.”

114) “Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.”

115) ”Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. ”

116) “Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.”

117) “Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.”

118) “Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.”

119) “Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.”

120) “Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.”

121) “Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan.”

122) “Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.”

123) “Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.”

124) “Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.”

125) “Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.”

126) “Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.”

127) “Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …